//Bahasa Itu Indah||
Fatin Afiqah.21st July 1989.17.Female.Singapore.TPJC.you[at]email.com...
stripess*










Thursday, July 06, 2006

Walaupun Panorama 2006 sudah berlalu, saya tetap mengkagumi persembahan-persembahan yang telah dipersembahkan oleh para pelajar tpjc sendiri. Lebih-lebih lagi apabila tujuh kawan sedarjah saya telah mengambil bahagian dalam melaksanakan majlis yang meriah lagi berjaya ini.
Terutama sekali tarian malayu yang begitu menarik dan menghiburkan. Saya sangat tertarik kepada keyakinan diri penari-penari kita dalam menunjukkan bakat mereka. Saya minat menari tetapi sayang sekali, saya tidak mahir dalam tarian melayu-mungkin saya tidak lembut orangnya haha.


Pada pendapat saya, dengan mengadakan persembahan-persembahan seperti ini para pelajar dapat menampilkan bakat dan kehandalan mereka bukan sahaja dalam bidang kesenian, tetapi dalam mengekalkan seni dalam zaman moden sekarang dan juga menjalankan sesuatu majlis besaran dengan idea-idea yang kreatif. Dengan ini, kita tidak perlu khuatir dengan lenyapnya bidang kesenian dan minat belia dalam seni pada masa akan datang.

x striped

- - - - - - - - - -[fatin afiqah]- - - - - - - - - -